Kerajaan tak anjur rumah terbuka Raya, kurang lawatan luar negara
2026-03-11 - 08:25
PM Anwar Ibrahim berkata, langkah ini diambil untuk berhemah dalam perbelanjaan berikutan kemungkinan kesan daripada konflik di Timur Tengah. PETALING JAYA: Kerajaan tidak akan mengadakan sebarang majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri, selain mengurangkan kekerapan lawatan ke luar negara sebagai langkah penjimatan, mengambil kira impak ekonomi akibat konflik di Timur Tengah. Pada sidang media, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) turut diarahkan untuk tidak menganjurkan majlis rumah terbuka Aidilfitri. Tambahnya, ini sekadar langkah berjaga-jaga untuk berhemah dalam perbelanjaan berikutan kemungkinan kesan daripada konflik tersebut. BERITA LANJUT MENYUSUL