Kerajaan bentang semula RUU had tempoh PM Jun ini
2026-03-04 - 08:14
RUU pinda perlembagaan untuk had tempoh khidmat PM kepada 10 tahun gagal capai majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat sebelum ini. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Kerajaan akan membentangkan semula Rang Undang-Undang (RUU) pindaan perlembagaan bagi mengehadkan tempoh perkhidmatan perdana menteri kepada 10 tahun pada sidang Parlimen Jun depan. Jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil berkata, langkah itu diambil selepas cubaan sebelum ini hanya mendapat 146 undi, kurang dua daripada 148 undi yang diperlukan untuk mencapai majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat. “Harap dalam sidang yang akan datang, pihak pembangkang bersama-sama dengan pihak kerajaan untuk memastikan pindaan perlembagaan ini yang tidak bersifat partisan, yang hanya akan menguntungkan demokrasi negara kita, akan dapat diluluskan bersama,” katanya dalam sidang media pasca Jemaah Menteri hari ini. BERITA LANJUT MENYUSUL