TheMalaysiaTime

Kelantan umum 19 Mac cuti umum sempena Aidilfitri

2026-03-15 - 10:33

Menteri Besar Kelantan Mohd Nassuruddin Daud berharap cuti hari kelepasan am itu menjadi peluang berharga untuk dimanfaatkan bersama keluarga. (Gambar Facebook) PETALING JAYA: Kerajaan Kelantan mengisytiharkan 19 Mac (Khamis) ini sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri itu sempena sambutan Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar Kelantan Mohd Nassuruddin Daud berkata keputusan itu diambil bagi memberi laluan kepada persiapan menyambut Syawal dan mengurangkan kesesakan lalu lintas. “Semoga cuti hari kelepasan am ini menjadi peluang berharga untuk dimanfaatkan bersama keluarga tercinta, Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin,” katanya dalam satu kenyataan. Terdahulu hari ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan cuti tambahan sempena sambutan Aidilfitri tahun ini. Anwar berkata jika Aidilfitri disambut pada Jumaat (20 Mac) kerajaan menetapkan Isnin (23 Mac) sebagai cuti tambahan dan kalau jatuh pada Sabtu (21 Mac), maka cuti tambahan adalah pada Jumaat (20 Mac).

Share this post: