TheMalaysiaTime

Kehadiran 2 kapal tentera laut AS di P Pinang sekadar persinggahan logistik, kata Khaled

2026-03-18 - 10:02

Khaled Nordin menjelaskan persinggahan kapal tentera laut asing di pelabuhan Malaysia bukan sesuatu yang luar biasa. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Kehadiran dua kapal Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) di North Butterworth Container Terminal (NBCT), Pulau Pinang baru-baru ini hanyalah persinggahan sementara bagi urusan logistik, kata Menteri Pertahanan Mohamed Khaled Nordin. Beliau berkata, kapal USS Santa Barbara (LCS 32) dan USS Tulsa (LCS 16) berlabuh dari 14 hingga 16 Mac sebelum meneruskan pelayaran ke destinasi seterusnya. “Kehadiran ini adalah port of call untuk tujuan logistik seperti ulang bekal, penyelenggaraan ringan serta memberi peluang rehat kepada anak kapal,” katanya dalam kenyataan. Beliau menjawab gesaan segelintir pihak supaya kerajaan menjelaskan kehadiran aset tentera laut Amerika Syarikat (AS) di perairan negara. Akhbar New Straits Times melaporkan dua kapal tempur pesisir milik AS dilihat berlabuh di Terminal Kontena Butterworth Utara pada Ahad. Kapal-kapal yang dikonfigurasikan untuk tugas pembersihan ranjau itu sebelum ini ditempatkan di Timur Tengah. Mengulas lanjut, Khaled menjelaskan persinggahan kapal tentera laut asing di pelabuhan Malaysia bukan sesuatu yang luar biasa, sebaliknya telah lama menjadi amalan dalam hubungan pertahanan dan pelayaran antarabangsa. BERITA LANJUT MENYUSUL

Share this post: