TheMalaysiaTime

Kali kedua seluruh Cuba bergelap dalam seminggu

2026-03-22 - 05:00

Ini kejadian kedua kegagalan sepenuhnya grid kuasa di Cuba dalam tempoh seminggu susulan gangguan bekalan elektrik sama di seluruh negara Isnin lalu. (Gambar AFP) HAVANA: Gangguan bekalan elektrik melanda seluruh Cuba pada Sabtu akibat kegagalan grid kuasa utama, dengan usaha pemulihan sedang dijalankan, lapor Xinhua memetik kenyataan Kementerian Tenaga dan Galian. “Gangguan sepenuhnya Sistem Elektrik Nasional telah berlaku. Protokol untuk pemulihan sudah mula dilaksanakan,” menurut kementerian itu dalam hantaran di platform X. Ini kejadian kedua kegagalan sepenuhnya grid kuasa di pulau itu dalam tempoh seminggu susulan gangguan bekalan elektrik sama di seluruh negara Isnin lalu. Negara Caribbean itu sedang bergelut dengan kekangan tenaga berterusan akibat infrastruktur usang dan kekurangan bahan api, cabaran yang diburukkan lagi oleh sekatan Amerika Syarikat (AS) selama beberapa dekad.

Share this post: