TheMalaysiaTime

Iran serang hotel, bangunan kediaman di Manama, kata Bahrain

2026-03-06 - 03:53

Peluru berpandu Iran yang jatuh di Kampung Qazaljo di luar bandar Qamishli, Syria. Iran melancarkan peluru berpandu ke negara jiran, dengan sebahagiannya sampai ke Turki. (Gambar EPA Images) MANAMA: Bahrain pada Jumaat berkata, Iran menyerang sebuah hotel dan dua bangunan kediaman di ibu negara Manama, membetulkan pengumuman terdahulu berhubung dua hotel dan sebuah bangunan kediaman diserang. Serangan itu berlaku sehari selepas peluru berpandu Iran mencetuskan kebakaran di kilang penapisan minyak utama Bahrain, ketika Tehran melancarkan serangan di seluruh Teluk. “Pencerobohan Iran menyasarkan sebuah hotel dan dua bangunan kediaman di Manama. Tiada kehilangan nyawa dilaporkan,” kata Kementerian Dalam Negeri Bahrain dalam catatan X. Menurutnya, serangan itu menyebabkan sebuah bangunan kediaman terbakar.

Share this post: