TheMalaysiaTime

Harga RON97 naik 70 sen, diesel naik 80 sen di Semenanjung

2026-03-18 - 12:41

PETALING JAYA: Harga petrol RON97 akan naik 70 sen di seluruh negara mulai esok, manakala harga diesel di Semenanjung Malaysia akan meningkat sebanyak 80 sen. Kementerian Kewangan dalam kenyataan berkata, harga RON97 akan ditetapkan pada RM4.55 seliter, berbanding RM3.85 seliter pada masa ini. Harga diesel di Semenanjung pula akan ditetapkan pada RM4.72 seliter, naik daripada RM3.92 seliter. Sementara itu, petrol RON95 bersubsidi di bawah program BUDI95 akan kekal pada RM1.99 seliter, manakala diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal RM2.15 seliter. RON95 tanpa subsidi akan terus dijual pada harga RM3.27 seliter. Harga-harga ini berkuat kuasa sehingga 25 Mac. BERITA LANJUT MENYUSUL

Share this post: