Harga minyak lepasi USD105 selepas Iran namakan pemimpin tertinggi baharu
2026-03-09 - 04:33
Data Trading Economics menunjukkan penanda aras minyak mentah naik mendadak ekoran reaksi pasaran terhadap perkembangan di Iran ketika ketegangan Asia Barat semakin memuncak. (Gambar Reuters) ISTANBUL: Harga minyak mentah melonjak melepasi USD105 setong dan sempat mencecah paras tertinggi USD108 pada Ahad selepas Mojtaba Khamenei dinamakan pemimpin tertinggi baharu Iran, lapor Anadolu Ajansi. Pelantikan itu menyusuli kematian bapanya dalam serangan udara Amerika Syarikat (AS)-Israel baru-baru ini. Data daripada Trading Economics menunjukkan penanda aras minyak mentah meningkat mendadak berikutan reaksi pasaran terhadap perkembangan di Iran, di tengah-tengah ketegangan Asia Barat semakin memuncak. Pasaran turut bimbang terhadap ketidakpastian menyelubungi Selat Hormuz, laluan transit minyak global kritikal. Pada Ahad, pihak berkuasa Iran mengesahkan Mojtaba dipilih pemimpin tertinggi baharunya.