Harga diesel Semenanjung naik lagi 4 sen
2026-01-28 - 10:31
PETALING JAYA: Harga runcit diesel di Semenanjung naik 4 sen kepada RM2.92 seliter, bagi tempoh 29 Jan hingga 4 Feb, seiring peningkatan harga minyak dunia. Harga runcit diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan pula masih pada RM2.15 seliter. Dalam perkembangan sama, harga runcit petrol RON97 kekal RM3.10 seliter. Bagi RON95 pula, harga runcit petrol tanpa subsidi kekal RM2.54 seliter; manakala harga runcit petrol bersubsidi di bawah BUDI95, RM1.99 seliter. Kementerian Kewangan berkata pelarasan harga runcit berdasarkan perkembangan pasaran minyak dunia semasa, namun keutamaan tetap diberikan pada kestabilan harga. “Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan.