Hamzah isytihar ‘musuh nombor satu’ Muhyiddin
2026-02-14 - 09:26
Bekas pemimpin nombor dua Bersatu Hamzah Zainudin hari ini berucap di hadapan lebih 500 penyokong di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya, Kuala Lumpur. KUALA LUMPUR: Bekas timbalan presiden Bersatu Hamzah Zainudin melancarkan serangan terbuka terhadap presiden parti, Muhyiddin Yassin susulan pemecatannya oleh lembaga disiplin parti semalam. Berucap di hadapan lebih 500 penyokong, Hamzah menegaskan beliau masih tertanya-tanya punca sebenar beliau disingkirkan daripada parti. “Hantu apa yang ada dalam parti Bersatu ini? “Saya pernah jadi penyokong nombor satu beliau (Muhyiddin). (Namun) hari ini, saya ingin nyatakan, saya penentang nombor satu beliau,” katanya pada perhimpunan di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya hari ini. Hamzah menegaskan, beliau telah banyak berkorban demi Bersatu dan negara. “Jika kamu guna anjing-anjing upahan (untuk serang saya), kini saya musuh nombor satu kamu.” BERITA LANJUT MENYUSUL