Gerai mercun terbakar cetus persoalan permit, kata Pemuda Bersatu
2026-03-22 - 10:50
Tangkap layar video memaparkan orang ramai bertempiaran manakala pekerja menurunkan penutup gendela gulung susulan percikan. PETALING JAYA: Polis digesa menjelaskan persoalan berkait pematuhan undang-undang dan penguatkuasaan susulan kebakaran melibatkan gerai jualan mercun dan bunga api di Taman Pekaka, Pulau Pinang semalam. Pemuda Bersatu Nibong Tebal berkata kejadian itu menimbulkan kebimbangan berkenaan aspek keselamatan awam, dan ingin tahu pihak yang meluluskan permbit bagi operasi jualan merncun dan bunga api di situ. “Sekiranya tiada permit dikeluarkan, mengapakah tiada tindakan penguatkuasaan diambil lebih awal oleh pihak berkuasa seperti polis dan Majlis Bandaraya Seberang Perai?” menurut kenyataan. Terdahulu, dilaporkan sebuah gerai menjual mercun berkeluasan kira-kira 100 kaki persegi musnah dalam kebakaran, tengah malam tadi. Satu rakaman video tular memaparkan orang ramai di restoran berhampiran bertempiaran manakala pekerja menurunkan penutup gendela gulung susulan percikan. Tiada kecederaan dilaporkan. Pemuda Bersatu Nibong Tebal menggesa pemantauan dan penguatkuasaan dipertingkatkan secara menyeluruh, menegaskan keselamatn awam melibatkan bahan mudah terbakar tidak boleh dipandang ringan.