Feri bawa 342 penumpang karam di selatan Filipina, 8 maut
2026-01-26 - 01:24
Ketika kejadian, M/V Trisha Kerstin 3 dalam perjalanan dari Bandar Zamboanga ke Pulau Jolo di wilayah Sulu. (Gambar X) MANILA: Sekurang-kurangnya lapan maut selepas sebuah feri membawa 342 penumpang dan kru karam di selatan Filipina pada pagi Isnin. “Lapan mangsa disahkan maut” setakat ini daripada insiden M/V Trisha Kerstin 3 karam, menurut catatan Facebook Datuk Bandar Basilan, Arsina Laja Kahing-Nanoh. Anggota kecemasan Basilan, Ronalyn Perez memberitahu AFP, “sekurang-kurangnya 138 orang” diselamatkan. “Cabaran utama ialah jumlah mangsa semakin meningkat. Kami kekurangan kakitangan buat masa ini,” kata Perez sambil menambah 18 mangsa dihantar ke sebuah hospital tempatan. “Ketika kejadian, feri itu dalam perjalanan dari Bandar Zamboanga ke Pulau Jolo,” katanya. Pulau Jolo ialah pulau utama di wilayah Sulu. Pengawal Pantai Filipina berkata, ia sedang “berkoordinasi secara aktif” untuk membantu stesennya di Mindanao selatan dalam operasi mencari dan menyelamat. Pada 2023, lebih 30 penumpang maut selepas sebuah feri terbakar di selatan Filipina.