TheMalaysiaTime

Doktor pelatih meninggal di asrama, Jabatan Kesihatan Kelantan tubuh jawatankuasa siasat

2026-03-08 - 10:24

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Dr Mohd Azman Yacob, berkata doktor pelatih wanita itu berusia 29 tahun dari Universiti Monsoura, Mesir dan sedang menjalani praktikal. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Satu jawatankuasa ditubuhkan Jabatan Kesihatan Kelantan bagi menyiasat punca kematian doktor pelatih wanita di asrama Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai, kelmarin. Pengarah Dr Mohd Azman Yacob, berkata jawatankuasa itu akan cuba mengenal pasti punca kejadian termasuk dari aspek tekanan tempat kerja dan faktor penyumbang lain. “Kita berdukacita dengan kejadian berlaku dan saya ada menziarah keluarganya pagi tadi. Arwah adalah doktor pelatih wanita dari Universiti Monsoura, Mesir dan sedang menjalani praktikal. “Kita akan menjalankan siasatan secara holistik dan berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan emosi keluarga arwah,” katanya kepada Berita Harian. Media melaporkan semalam doktor pelatih berusia 29 tahun ditemukan mati di bilik air asrama HSIP. Ketua Polis Kuala Krai, Mazlan Mamat, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada pihak hospital sekitar 9.55 pagi semalam.

Share this post: