TheMalaysiaTime

Doktor pelatih ditemukan meninggal dunia di asrama

2026-03-07 - 09:53

Mayat dibawa ke Unit Forensik HSIP untuk bedah siasat, menurut polis. (Gambar Facebook) KOTA BHARU: Seorang doktor pelatih wanita ditemukan meninggal dunia di bilik asrama di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai, semalam. Ketua Polis Kuala Krai Mazlan Mamat berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian pada 9.55 pagi sebelum pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah serta Balai Polis Kuala Krai dikerah ke lokasi. “Siasatan di tempat kejadian mendapati doktor pelatih wanita berusia 29 tahun ditemukan meninggal dunia di dalam bilik air asrama. “Pemeriksaan awal di lokasi kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah dikesan,” katanya dalam kenyataan. Beliau berkata, mayat dibawa ke Unit Forensik HSIP untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Balai Polis Kuala Krai menerusi talian 09-966 6222 bagi membantu siasatan.

Share this post: