Diskaun tol 50% sempena Aidilfitri
2026-03-17 - 07:24
Inisiatif ini melibatkan tanggungan kewangan berjumlah RM21.03 juta bagi tujuan pampasan kepada syarikat konsesi tol. PETALING JAYA: Kerajaan akan memberikan diskaun sebanyak 50% bagi kadar bayaran tol di seluruh negara sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, umum Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini. Beliau berkata inisiatif ini melibatkan tanggungan kewangan berjumlah RM21.03 juta bagi tujuan pampasan kepada syarikat konsesi tol. Diskaun tersebut akan berkuat kuasa bermula 12.01 tengah malam pada 18 Mac dan akan berakhir pada 11.59 malam pada 19 Mac. BERITA LANJUT MENYUSUL
Share this post: