TheMalaysiaTime

CIMB nafi dakwaan pelanggaran data libat 1.2 juta rekod pelanggan

2026-03-04 - 07:53

Terdahulu timbul dakwaan mengenai insiden keselamatan siber baharu berisiko tinggi sasar sektor kewangan Malaysia, dengan laporan dakwa berlakunya pelanggaran data besar libat pelanggan CIMB Bank. PETALING JAYA: CIMB Group Holdings Bhd menafikan dakwaan yang tersebar dalam talian mengenai pelanggaran data melibatkan pelanggannya, sambil memberikan jaminan bahawa data pelanggan terus dilindungi. Menerusi platform media sosial X, penyedia perkhidmatan kewangan itu menjelaskan, pasukan keselamatannya telah mengesahkan semua sistem adalah selamat dan data pelanggan kekal dilindungi sepenuhnya, lapor Bernama. Terdahulu timbul dakwaan mengenai insiden keselamatan siber baharu berisiko tinggi yang menyasarkan sektor kewangan Malaysia, dengan laporan mendakwa berlakunya pelanggaran data yang besar melibatkan pelanggan CIMB Bank. Set data yang didakwa bocor itu dikatakan mengandungi 1.2 juta rekod unik maklumat kewangan sensitif, termasuk butiran pengenalan peribadi, nama penuh dan data kewangan.

Share this post: