TheMalaysiaTime

Bukan program politik tapi masyarakat, Saifuddin jawab Sanusi

2026-03-07 - 03:03

Saifuddin Nasution Ismail tepis dakwaan Sanusi Nor yang beliau salah guna agensi dan dana kerajaan untuk kempen politik di Kulim dan Padang Serai sebagai tidak berasas. PETALING JAYA: Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan program dilaksanakan beliau di Padang Serai dan Kulim bukan untuk kepentingan politik, sebaliknya memberi manfaat kepada masyarakat. Kenyataan itu dibuat sebagai menjawab tuduhan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah Sanusi Nor yang mendakwa Saifuddin menyalahgunakan agensi dan dana kerajaan untuk kempen politik di kawasan berkenaan, lapor Berita Harian. Saifuddin yang juga pengerusi bersama Majlis Tindakan Negeri Kedah dan pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah berkata tuduhan itu tidak berasas dan tidak wajar, terutamanya dalam bulan Ramadan yang sepatutnya dijadikan waktu memperbanyak amal ibadat. “Oh biaq pi lah Sanusi. Bulan puasa ini kita buat amal ibadat dengan lebih banyak, tak usah banyak-banyak bersangka buruk dengan saya. “Lagipun dia menteri besar yang hebat memimpin Kedah,” katanya selepas sebuah program di Padang Serai, malam tadi. Beliau menambah, program membawa tumpuan kepada seperti pengagihan dan penggantian al-Quran itu seharusnya dilihat sebagai usaha untuk manfaat masyarakat, tidak patut dipolitikkan.

Share this post: