Bot migran buang 22 mayat ke laut
2026-03-28 - 16:10
Dua individu dari Sudan Selatan dipercayai sebagai pengendali bot ditahan kerana disyaki memperdagangkan manusia. (Gambar AFP) ISTANBUL: Seramai 22 dilaporkan maut selepas sebuah bot migran yang hanyut diselamatkan di perairan berhampiran Pulau Crete, lapor Anadolu Ajansi dengan memetik penyiar awam ERT. Bot itu dilaporkan dikesan awal pagi Jumaat oleh agensi sempadan Kesatuan Eropah, Frontex dan 26 individu di dalamnya dibawa ke Pelabuhan Kaloi Limenes. Mangsa terselamat berkata, terdapat 48 penumpang dalam bot ketika ia berlepas dari Libya enam hari sebelum itu. Ketika bot hanyut selama beberapa hari akibat keadaan cuaca buruk, 22 meninggal dunia sepanjang pelayaran, dengan mayat mereka dibuang ke laut. Dua individu yang disyaki sebagai pengendali bot, kedua-duanya berasal dari Sudan Selatan dan berusia antara 19 hingga 21 tahun, dikenal pasti dan ditahan atas kerana disyaki memperdagangkan manusia berdasarkan siasatan awal.