BN patut tanding solo PRN Melaka, Johor, kata Wee
2026-03-07 - 04:03
Presiden MCA Wee Ka Siong berkata jentera parti di Melaka dan Johor telah diarah diaktifkan segera. KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) patut bertanding solo pada PRN Melaka dan Johor, menurut Presiden MCA, Wee Ka Siong. Beliau berkata, Johor kini ditadbir BN, manakala Melaka di bawah kerajaan perpaduan, tetapi dua negeri itu dimenangi gabungan berkenaan sebelum ini. “Pada PRN akan datang, munasabah dan wajar untuk BN terus bertanding di bawah panji sendiri dan mendapat mandat daripada pengundi untuk mentadbir secara bebas,” katanya ketika berucap pada sambutan ulang tahun ke-77 parti itu. Wee berkata, persediaan untuk pilihan raya perlu memasuki peringkat akhir segera, dengan jentera parti di dua negeri itu sudah diarah diaktifkan. BN kini mempunyai 40 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Johor dan 21 kerusi di Melaka. BERITA LANJUT MENYUSUL