TheMalaysiaTime

Biar jawatankuasa khas teliti dakwaan babit Azam dahulu, kata PM

2026-02-13 - 07:16

Anwar Ibrahim berkata jawatankuasa khas akan meneliti menyeluruh dakwaan membabitkan Azam Baki. (Gambar Bernama) SHAH ALAM: Perdana Menteri Anwar Ibrahim meminta jawatankuasa khas diberi ruang menyiasat dakwaan pemilikan saham membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan susulan diambil. Anwar berkata jawatankuasa khas diketuai Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar akan melakukan siasatan secara menyeluruh terhadap dakwaan dilaporkan agensi berita antarabangsa Bloomberg itu. “Tadi KSN (Shamsul Azri) beri maklumat awal belia kata biar tubuh dulu jawatankuasa khas tengok kes dengan teliti bersama peguam negara dan ketua perkhidmatan awam. “Biar KSN kaji dulu... kena tahu apakah serius dan ada asas? Baru kita maju (ambil tindakan selanjutnya),” katanya sambil meminta dakwaan itu tidak digunakan bagi menekan. Beliau berkata demikian selepas solat Jumaat di Surau Pusat Islam Jabatan Pengajian Islam, Politeknik Shah Alam. Anwar mengulas sama ada Azam perlu berehat daripada tugasan susulan keputusan Jemaah Menteri hari ini yang bersetuju menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat dakwaan membabitkan ketua agensi antirasuah itu. BERITA LANJUT MENYUSUL

Share this post: