TheMalaysiaTime

Belon meletup ketika Thaipusam, 2 penguat kuasa MBPP cedera

2026-02-02 - 05:06

Ketika kejadian anggota penguat kuasa sedang memuatkan belon dirampas daripada seorang peniaga dekat kawasan sambutan di Jalan Kebun Bunga ke dalam trak pikap. (Gambar Facebook) PETALING JAYA: Dua anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) cedera selepas seikat belon meletup ketika sambutan Thaipusam di George Town. Ketika kejadian, anggota penguat kuasa sedang memuatkan belon dirampas daripada seorang peniaga berhampiran kawasan sambutan di Jalan Kebun Bunga ke dalam trak pikap. Datuk Bandar MBPP, A Rajendran yang mengesahkan kejadian itu berkata, seorang mangsa cedera dimasukkan ke hospital, manakala seorang lagi cedera ringan dan siasatan sedang dijalankan. Pengerusi Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang, RSN Rayer berkata, letupan itu berlaku pada 10.45 malam tadi ketika puluhan gerai ‘paneer panthal’ mula menamatkan operasi selepas sambutan berakhir. Menurutnya, pengusaha gerai itu dipercayai warga asing tanpa permit perniagaan sah dan siasatan awal mendapati belon terbabit diisi gas hidrogen. “Walaupun hidrogen lebih murah dan biasa digunakan untuk belon, ia sangat mudah terbakar dan memberikan risiko keselamatan besar,” katanya menurut Harian Metro.

Share this post: