TheMalaysiaTime

Bayi dibuang dalam tong sampah, polis cuba kesan pelaku

2026-03-26 - 03:51

Ketua Polis Ampang Jaya Khairul Anuar Khalid berkata, pihaknya masih cuba kenal pasti individu tanggungjawab buang bayi di Taman Putra Ampang semalam. (Gambar Facebook) PETALING JAYA: Polis menyiasat kes penemuan seorang bayi perempuan dipercayai dibuang dalam tong sampah di depan sebuah rumah di Taman Putra Ampang, semalam. Ketua Polis Ampang Jaya Khairul Anuar Khalid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada 6.27 petang. Beliau berkata, laporan dibuat oleh seorang lelaki tempatan yang menemui bayi itu di dalam tong sampah di depan rumahnya. “Bayi perempuan tersebut ditemui dalam keadaan masih hidup sebelum diselamatkan,” katanya dalam kenyataan. Khairul Anuar berkata, bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut, dan kini dalam kejadian stabil. Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang bayi, dan polis sedang cuba mengenal pasti individu bertanggungjawab.

Share this post: