Azam akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg
2026-02-11 - 08:36
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki menegaskan beliau tidak melakukan sebarang kesalahan dan tidak memiliki saham di pasaran pada masa ini. (Gambar Bernama) PUTRAJAYA: Azam Baki akan menghantar surat tuntutan kepada Bloomberg berhubung artikel diterbitkan dua hari lalu yang mendakwa beliau memiliki 17.7 juta saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan. Dalam temu bual dengan media, ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa laporan diterbitkan agensi berita antarabangsa itu berniat jahat. Beliau menegaskan tidak melakukan sebarang kesalahan dan ketika ini tidak memiliki saham di pasaran. BERITA LANJUT MENYUSUL
Share this post: