TheMalaysiaTime

AS, Israel sasar syarikat keluli terbesar Iran

2026-03-27 - 22:50

Gelombang serangan baharu terhadap Iran menyaksikan Amerika Syarikat dan Israel menyasarkan syarikat keluli Khuzestan dan Mobarakeh. (Gambar EPA Images) ISTANBUL: Amerika Syarikat (AS) dan Israel menyasarkan syarikat keluli Khuzestan dan Mobarakeh, antara syarikat keluli paling strategik dan terbesar di Iran, dalam gelombang serangan baharu di tengah-tengah ketegangan kian memuncak, lapor Anadolu Ajansi. Unit kecemasan tiba di lokasi kejadian, lapor agensi berita separa rasmi Iran, Agensi Berita Fars pada Jumaat, sambil menyatakan bahawa butiran lanjut mengenai perkembangan itu akan didedahkan kemudian. Ketegangan serantau terus berlarutan sejak AS dan Israel melancarkan serangan bersama ke atas Iran pada 28 Feb, yang mengorbankan lebih 1,340 orang termasuk pemimpin agung ketika itu, Ayatollah Ali Khamenei. Tehran telah membalas dengan gelombang serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, Jordan, Iraq, serta negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS. Serangan balas itu mengakibatkan kematian dan kerosakan infrastruktur, selain mengganggu pasaran global serta sektor penerbangan.

Share this post: