TheMalaysiaTime

Anwar bimbang remaja terpengaruh aktiviti keganasan, fahaman ekstremis

2026-03-09 - 02:54

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata isu itu berkait rapat aspek didikan, pendedahan serta pengaruh luar yang kadangkala cuba mencampuri urusan politik dan keselamatan negara. PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Anwar Ibrahim bimbang penglibatan remaja dalam aktiviti berkaitan keganasan dan fahaman ekstremis susulan pendedahan remaja bawah umur terbabit kumpulan IS baru-baru ini. Jumaat lalu, Ketua Polis Negara, Khalid Ismail dilaporkan berkata, enam lelaki berusia 16 hingga 21 tahun ditahan di sekitar Lembah Klang, Kedah, Johor dan Terengganu. Mereka didapati terbabit aktiviti berorientasikan keganasan dan fahaman ekstremis dalam talian, dengan proses radikalisasi suspek bermula melalui platform digital, termasuk permainan dalam talian popular, Roblox. “Perkara ini membimbangkan kerana ia melibatkan anak-anak muda kita sendiri,” kata Anwar berucap pada perjumpaan bersama warga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Tegasnya, isu berkenaan berkait rapat aspek didikan, pendedahan serta pengaruh luar yang kadangkala cuba mencampuri urusan politik dan keselamatan negara, justeru semua pihak digesa meningkatkan kewaspadaan bagi mengekang penularan fahaman tersebut.

Share this post: