Ambil alih IJM: KWSP ambil pendirian berkecuali daripada mengundi
2026-03-27 - 11:51
KWSP secara sukarela berkecuali daripada mengundi berkaitan pegangan sahamnya dalam Sunway Bhd dan IJM Corp. KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), iaitu pemegang saham utama dalam IJM Corporation Bhd (IJM Corp), mengambil pendirian berkecuali daripada mengundi berhubung tawaran pengambilalihan IJM Corp oleh Sunway Bhd. Mengikut maklumat di laman webnya, bahagian ‘Keputusan Undian KWSP’ pada mesyuarat pemegang saham menyatakan keputusan undian bagi cadangan tawaran pengambilalihan sukarela bersyarat untuk IJM Corp telah direkodkan sebagai ‘berkecuali’. Menurut rasional yang diberikan, KWSP berkata: “Ia secara sukarela berkecuali daripada mengundi berkaitan pegangan sahamnya dalam Sunway Bhd dan IJM Corp.” Mesyuarat itu bertarikh 26 Mac 2026.