TheMalaysiaTime

Aksi tak senonoh di jirat, pasangan fail rayuan terhadap sabitan, hukuman

2026-03-27 - 15:40

Halila Abu Bakar dan M Jegathesan diiringi polis ke Mahkamah Majistret George Town semalam. GEORGE TOWN: Pasangan yang disabitkan kesalahan melakukan kelucahan melampau di tanah perkuburan di sini memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi hari ini untuk mencabar sabitan dan hukuman dijatuhkan ke terhadap mereka. M Jegathesan, 58, dan Halila Abu Bakar, 37, dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret semalam, selepas mengaku bersalah melakukan perbuatan tidak senonoh di tanah perkuburan Cina minggu lalu. Rayuan itu difailkan peguam Naran Singh yang berkata, hukuman penjara itu “terlalu berat”, justeru Mahkamah Tinggi diminta menyemak semula hukuman berkenaan serta mempertimbangkan sama ada hukuman terbabit berlebihan. Semalam, pihak pendakwaan meminta mahkamah menjatuhkan hukuman berbentuk pencegahan sebagai amaran kepada orang ramai supaya tidak melakukan perbuatan tidak senonoh. Ketika itu, peguam R Purantharan yang mewakili pasangan terbabit memohon hukuman lebih ringan atas alasan Jegathesan perlu menjaga isterinya yang menghidap strok serta dua anak mereka, manakala Halila pula tidak bekerja dan ditanggung keluarga. Naran berkata, mahkamah mungkin diminta meneliti sama ada hukuman yang dijatuhkan sejajar fakta kes dan keadaan peribadi tertuduh. Kes ini mula mendapat perhatian selepas klip video tular di media sosial menunjukkan pasangan itu melakukan hubungan seks di tanah perkuburan Cina di Batu Gantong Ahad lalu. Laporan polis kemudiannya dibuat seorang lelaki 69 tahun.

Share this post: