TheMalaysiaTime

Aaron-Wooi Yik mara ke final All England

2026-03-07 - 22:44

Pengalaman dan ketenangan Aaron Chia-Soh Wooi Yik jadi kunci menundukkan pasangan China Chen Bo Yang-Liu Yi. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik melangkah ke pentas final kejohanan All England selepas menewaskan pasangan China, Chen Bo Yang-Liu Yi dalam aksi separuh akhir. Pasangan ranking kedua dunia itu mempamerkan aksi meyakinkan apabila menang 21-11, 21-19 dalam tempoh 42 minit. Aaron-Wooi Yik menguasai permainan sejak awal set pertama apabila mudah mendahului sebelum menamatkannya dengan kemenangan 21-11. Set kedua menyaksikan tentangan lebih sengit daripada pasangan China, bagaimanapun pengalaman dimiliki beregu negara membolehkan mereka mengekalkan momentum untuk menutup perlawanan 21-19. Kemenangan itu juga menyaksikan Aaron-Wooi Yik menambah kelebihan rekod pertemuan kepada 4-1 ke atas Chen-Liu. Ini kali ketiga Aaron-Wooi Yik melangkah ke final kejohanan All England selepas berbuat demikian pada 2019 dan 2024.

Share this post: