TheMalaysiaTime

53 hospital di Iran musnah diserang AS-Israel

2026-03-18 - 00:01

Keadaan Hospital Gandhi di Tehran susulan serangan udara AS-Israel pada 1 Mac lalu. (Gambar EPA Images) KUALA LUMPUR: Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi mendedahkan 53 hospital di negara itu musnah sejak serangan bersama Amerika Syarikat (AS) dan Israel bermula 28 Feb lalu. Agensi Berita Mehr memetik diplomat tertinggi Iran itu berkata, hospital terbabit antara infrastruktur awam yang menjadi sasaran sepanjang konflik meletus. Katanya, ketika musuh Iran menuduh negara itu menyerang kawasan kediaman dan orang awam tanpa bukti, mereka sendiri terus menyasarkan lokasi awam termasuk sekolah, hospital dan bangunan kediaman. Merujuk serangan ke atas Stadium Azadi di Tehran yang mengakibatkan kemalangan jiwa dalam kalangan komuniti sukan Iran, Araghchi menegaskan musuh Iran jelas mengabaikan norma antarabangsa dan sengaja menyasarkan kawasan orang awam.

Share this post: