TheMalaysiaTime

5 sekeluarga rentung kebakaran rumah di Pahang

2026-02-26 - 00:23

Ketua Polis Raub Mohd Shahril Abdul Rahman berkata semua mangsa dijumpai selepas kebakaran sebuah rumah di Kampung Pamah Kulat dipadamkan. (Gambar Bernama) RAUB: Lima sekeluarga ditemui rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Pamah Kulat di sini, awal pagi ini. Ketua Polis Raub, Mohd Shahril Abdul Rahman, berkata pihaknya menerima maklumat sekitar 3.35 pagi tadi. “Sejurus pemadaman, kita menjumpai semua mangsa di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi Bernama. Beliau berkata, semua mayat akan dibawa ke Hospital Raub untuk tindakan lanjut.

Share this post: