40% hasil Sabah muktamad, kerajaan komited tunaikan tuntutan
2026-03-15 - 12:14
Perdana Menteri Anwar Ibrahim kata kerajaan tidak merayu tuntutan 40% hasil Sabah. (Gambar Bernama) KOTA KINABALU: Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan pendirian kerajaan untuk memberikan komitmen penuh dalam usaha merealisasikan tuntutan 40% hasil Sabah seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Anwar berkata kerajaan sedar tuntutan itu muktamad dan tidak ada rayuan, namun perbincangan terperinci mengenainya perlu dilakukan bagi memastikan ia dapat diselesaikan secara terbaik demi manfaat Sabah dan rakyat. “Kita tidak merayu kes 40% dan itu sudah muktamad. Bagi pihak kerajaan, kami telah memberikan jaminan, ini komitmen yang tegas, dan keputusan dasar,” katanya. Anwar berkata demikian ketika berucap pada majlis buka puasa di Kompleks Dewan Kuliah Pusat Ke-2, Universiti Malaysia Sabah (UMS). BERITA LANJUT MENYUSUL