TheMalaysiaTime

2 wanita cedera MPV dihempap pokok di Shah Alam

2026-02-16 - 06:36

Keadaan kenderaan Mitsubishi Xpander yang dihempap pokok tumbang di Seksyen 7 Shah Alam yang menyebabkan dua wanita cedera, tengah hari tadi. (Gambar JBPM) PETALING JAYA: Dua wanita cedera selepas kenderaan dinaiki mereka dihempap sebatang pokok tumbang di Seksyen 7 Shah Alam pada tengah hari tadi. Bomba Selangor dalam satu kenyataan berkata pihaknya menerima satu laporan pada 12.11 tengah hari berkaitan sebuah MPV jenis Mitsubishi Xpander yang dihempap sebatang pokok berhampiran Pangsapuri Baiduri. Katanya, sekumpulan anggota dari Bali Bomba Shah Alam dikejarkan kejadian dan mendapati dua wanita tersepit dalam kenderaan itu. Menurutnya kenyataan itu, kedua-dua mangsa yang berusia 39 dan 42 tahun itu mengalami kecederaan di kepala dan pinggang.

Share this post: