TheMalaysiaTime

2 termasuk kanak-kanak maut nahas 2 kenderaan

2026-03-18 - 00:31

Anggota bomba berada di lokasi kemalangan dua kenderaan yang mengorbankan dua mangsa di Tanah Merah. (Gambar JBPM) PETALING JAYA: Dua termasuk seorang kanak-kanak perempuan maut dalam kemalangan dua kenderaan di Bandar Baru Tanah, Jalan Machang –Tanah Merah, Kelantan awal pagi tadi. Kejadian kira-kira 4.20 pagi itu turut menyebabkan seorang mangsa cedera manakala empat lagi terselamat. Komander Operasi Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Hamdan Abullah, berkata bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 4.35 pagi. Katanya, mereka kemudiannya menghantar tujuh anggota termasuk pegawai ke lokasi kemalangan membabitkan sebuah Perodua Myvi dan BMW 5 Series itu. “Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan dari kenderaan. “Kemalangan itu membabitkan dua mangsa lelaki dewasa, dua perempuan dewasa, dua kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki. “Seorang wanita dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan disahkan meninggal dunia,” katanya menerusi kenyataan hari ini, menurut Berita Harian. Tambahnya, mangsa yang cedera diberi rawatan lanjut manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Share this post: