1,515 kes kemalangan direkod semalam, 26 kematian
2026-03-21 - 09:41
Sebanyak 1,515 kes kemalangan direkodkan semalam, ketika rakyat bersiap sedia untuk Aidilfitri. (Gambar JBPM) PETALING JAYA: Sebanyak 1,515 kes kemalangan direkodkan semalam, dengan membabitkan 26 kematian, ketika rakyat bersiap sedia untuk meraikan Aidilfitri, menurut polis. Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik berkata kes kematian meningkat berbanding hari sebelumnya, iaitu sebanyak sembilan kes, manakala kes kemalangan pula menurun, iaitu sebanyak 772 kes. Sebanyak 2,287 kes kemalangan direkodkan pada Khamis, dengan membabitkan 17 kematian. Bukit Aman menjangkakan 2.3 juta kenderaan menggunakan lebuh raya sempena Aidilfitri. Seramai 5,544 anggota trafik ditugaskan sepanjang operasi khas bermula 19 hingga 24 Mac.
Share this post: